Friday, January 15, 2010

SeAnDaiNyA pErEmPuAn TaHu...

mcm biase la, oleh krn aku ni sgt rajin membace(konon je!bile suh bace text book,lecture notes,mls yg t'amat..hehe), aku t'jmpe la artikel ni n aku suke nk share dgn korang..so sila la bace..

~Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

~Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

~Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

~Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

~Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...(mmg pn!cover macho la konon...hehe jgn mare)

~Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.(klu bf aku buat mcm ni,mmg nk kena cucuk bijik mate dgn garpu!biar jd kasim selamat hehe)

~Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

~Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

~Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. (hmm, btul2! yg ni aku stuju..)

~Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

~Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (yg ni aku xtaw!btul ke?)

~Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. (based on experience aku,yg ni mmg aku stuju sgt..)

~Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

~Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa... yang lain hanya kawan...

~Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. (tu normal sbb lelaki ade ego diorg t'sndri)

~Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

~Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. (t'sgt2 la stuju!x yah jd laki la klu x blh nk tlg kaum wanita, klu dh mmg OKU tu blh terime laa..)

~Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. (Slalu pura2 nangis sbb takot kena mrh..hehe)

~Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! (btul tu, nobody's perfect!)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails